Assalammualaikum..... huiiii lamanya cik mazian x update blog dia kan...bz memanjang lagipun x der new story yg best semuanya suam2 kuku jer.. semalam cik mazian terajin sikit hihihi buat kek marble uollssss hihihi jom kat bawah ni cik mazian kongsikan resepi ...resepi ni pun cik mazian amik kat online gak hihihi..tapi yg bestnya menjadi kek, gumbira x terkata hihihi....
Resepi kek marble
Bahan2
250g butter atau marjerin
150g gula
250g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu pekat manis
pewarna ikut suka la nak warna apa ;)
cara2 membuat kek marble
1. pukul butter dan gula hingga kembang
2. masukkan telur sebiji demi sebiji
3. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit
4. tuang esen vanilla dan susu - pukul sehingga sebati
5. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna
6. tuang adunan berselang seli ( ikut kreativiti anda)
7. bakar didalam oven selama 45-50 minit dengan suhu 170 darjah
selamat mencuba
Sorry yg atas tu gelap x der cahaya :p