apa2 jer...

zieyyan :) yang penting happy....don't be sad.... :)

kalau nak cepat.....

Khamis, 3 November 2011

puding roti punya pasal....

Isnin hari tu kat sekolah i ada buat majlis persaraan bos kat dewan sekolah so mesti lah ada makan2 kan ...memang best la makanan yg terhidang kat atas meja i ngan member2 semua...antaranya ayam tempayan agak2 korang pernah makan x???kat segamat memang popular ...ikan siakap 3 rasa ...sayur campur dgn udang...daging salai masak lomak cili api + pisang memang berapi la...telur bungkus hahahaha ada gak ...( telur yg dalamnya ada inti daging cincang tu ) memang kenyang gila la wehh.... last sekali Dzet memang sedap la buah tembikai, kek coklat moist dan puding roti punah diet ku hehehehe....tp yang x puas hati tu bila sampai kat meja i puding roti abis  hhuhuhuhu x dapat rasa x der rezeki kot...apa lagi balik jer dari majlis tu i pi buka internet cari kat google resepi puding roti apa lagi ....pi market ler beli susu ngan roti...bahan yg lain semua dah ada kat rumah .... so dengan penuh semangat kemasakan i maka i pun mulakan operasi membuat puding roti yehhhh....akhirnya jadi gak puding roti tu esok pi keje i bagi kat kwan2 satu meja yg x dapat tu kih3....
 

     dan inilah hasilnya..taraaaaaaa...

 dan inilah hasilnya.... ;)
puding roti dan sos nya...




puding roti tanpa sos....


jom makan....

Sabtu, 22 Oktober 2011

Banana cake

Semalam i buat kek lagi oleh kerana semua bahan2 memang dah ada kerajinan tu datang dengan sendirinya...kebetulan di rumah mak andak banyak pisang so apa lagi gunakan bahan2 yg sedia ada x perlu la nak ke kedai hehehe satu bahan je yg x ade esen pisang hahahah itu pun sebab dah sampai tarikh luput nasib baik perasan tengok   saja kat tarikh nya tertera 10.08.2011 aduh sayang nya banyak lagi isinya tapi x apa i tukar kepada esen vanilla hehehe kira ok lagi pun bau pisang tu pun dah kuat hihihi....dan inilah hasilnya taraaaaaaaaaa............






                              kek pisang + minum teh panas walaaaaaaaaaa...


resepi nya

bahan2

(bahan A)
4 biji telur
120 gm gula kastor
10 gm ovalette

(bahan B )
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 suduteh serbuk penaik
180 gm pisang emas atau berangan dilecek hancur
2 sudu teh esen pisang
135 gm minyak masak
sedikit garam






cara-cara nak buat

satukan bahan A dan pukul pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu
masukkan pisang lecek,garam dan esen pisang ( i guna esen vanilla kih3)
gaul dengan sendukhingga sebati
ayak tepung gandum,tepung jagung,serbuk penaik dan soda,
masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan diatas dan gaul sebati
masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul rata kemudian masukkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 190


setelah masak boleh la makan :)



Jumaat, 21 Oktober 2011

kek kukus masam manis

erm..mlm td i ada cuba resepi baru ..resepi ni ambil dari internet so kira 1st time buat ni kira ok la kawan2 opis jadi juri hehehe :) taraaaa ini la hasil nya






asam manis ni x byk so inilah hasil nya.... kawan2 opis kata rasa cam kek sarawak ehem2 pasni boleh la wat lagi.....

Rabu, 19 Oktober 2011

Best Lagu ni Jom layan.............. :)

Tadi masa OTW balik kerja i ada dengar satu lagu ni best la layan gak la lagu cam ni penyanyi perempuan yg nyanyi dalam lagu ni ila damia rasanya dia ni masuk mentor kan..best gak suara dia kan..jom nyanyi sama tanpa muzik hehehehe...kat bawah ni ada lirik lagu nya :) 


MALAYSIAN BOY


Salam si anggun si gadis ayu
Dari kotaraya ke pedalaman kamu
Dari Likas ke Pekan Rabu
Di carta aku kau nombor satu
Aku berikrar aku berjanji
Teman-teman aku menjadi saksi
Jauh di mata dekat di hati
Jadi izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia dua tiga kali
Ku tahu hanya satu perkara pasti
Selagi bumi di atas paksi
Bila tiba masa aku kembali


(Ila Damiaa)
Bawaku ke mana saja kau suka
Timur selatan barat atau utara
Dampingi aku selalu
You’ll be my Malaysian boy
Malaysian boy
(Point Blanc)         ( yg ni cam ner nak nyanyi hehehehe..... )
问边度系屋企
梗系马来西亚呢块土地
全世界    
呢度最掂 无问_
俾你大开眼界
靓女如云 唔使头痕
饮茶食饭 heh番一晚
生活唔使烦 系o甘
我地识搏杀仲识玩
去到边度 唔会改变态度
响我o既脑 你系最好
马来西亚系
我o既国土 亦系我o既宝
(Point Blanc – Translation)
If you ask Point Blanc where is home
It’s definitely this land called Malaysia
This is the best place in the whole world
There ain’t no problems
Just open up your eyes
There are plenty of beautiful women around
Enjoy all kinds of food and drink everyday
There’s no worries in our lives
We know how to work hard but we also know how to enjoy life
Wherever I go it will never change my view because in my mind you are the best
Malaysia is oh my homeland and is most precious to me
(Rabbit Mac)
Vanakam everybody hi hello
Oru suthe pollam jom let’s go
Okay yen pearu Malaysian boy
Yethe senjalum kita sempoi
Tambi tangachi
Mumy dady akka tata patti vanthachii
Dari kampung ke kota machi
Sabah sampai PNG
Sigappu nellam velle manje
Nerathil vaanavil yen nattil theriye
Vadakku kilaku east and west
Nambe naadu malaysia
We the best

9 SEBAB HATI TIDAK TENANG



1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. HASAD DENGKI........
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO.......
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jumaat, 14 Oktober 2011

YAKIN ADANYA HARI ITU

Orang yang Faham bahawa umur dunia singkat, harta dunia sedikit, perlakuan dan perubahan dunia kepada penghuninya silih berganti, maka ia tidak akan bersedih dan berputus asa tentang apa sahaja yang berhubung dengannya.


Usahlah bersedih walau apa sahaja yang luput darimu berupa keduniaan.Bukankah kita mempunyai 'rumah lain' yang lebih mulia, kekal, besar dan indah? Itulah rumah akhirat.Pujilah Allah, kerana pastinya ada hari pertemuan dengan Yang Maha Esa.



'PERISTIWA LALU ADALAH MIMPI, HARI INI ADALAH REALITI DAN ESOK ADALAH HARAPAN INDAH'

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bajet 2012 ;)

hari ni pagi2 lagi cik yan dah beli paper hehehe..nak baca dengan lebih terperinci ttg bajet yg PM umumkan semalam. tadi pergi umah pakcik singgah petronas tgk paper habis tu nasib baik cik yan dah beli awal2 pg kih2...dan diantara perkara2 yg tertera di muka depan metro hari ni seperti di bawah ni jom tgk :)

  • Sekolah rendah.menengah percuma
  • Bantuan rm100 untuk setiap pelajar (untung budak sekarang ni)
  • Gaji kakitangan awam,pencen naik ( yg ni cik yan kena senyum)
  • Bonus untuk kakitangan awam minimum rm500 (cik yan senyum gak )
  • Felda disenarai,peneroka dapat durian runtuh ( ni nak kena mintak ngan pak cik sebiji durian kih2 )
  • Baucer buku rm200 untuk pelajar IPT
  • Usia bersara daripada 58 ke 60 (cik yan tetap amik 56, 60 tu larat lagi ke? )
  • Kenaikan gred guru lebih cepat ( untung la cikgu harap jd pendidik dgn ikhlas  )
  • Had maksimum rm400,000 skim rumah pertamaku
  • RM 500 bagi keluarga berpendapatan rm3000
  • Jaminan KWSP untuk daftar haji

ok ke Bajet 2012 ni?  pada pandangan cik yan ok la tu ...hehehe...
tp bajet yg paling teruk adalah bajet bagus hehehehe.....dan kita pun kena ada bajet sendiri untuk diri kita :) bajet cik yan thn 2012 ????? tgh buat kira2 lagi rasanya x ada apa yg perlu ditambah lagi buat masa ini .....

Rabu, 5 Oktober 2011

Renungan bersama...............








"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang TDIAK MEMANDANG dan DIPANDANG"

"Maka JANGANlah kamu melemah lembutkan SUARA dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..

Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana.

Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya...♥~

Isnin, 3 Oktober 2011

Makanan kegemaran saya.... kamu bagaimana ????

Cerita pasal makan ni memang semua org suka.. lagi2 kalau kita tgk kat tv3 tu ha jln2 cari makan memang suka sgt la... :) meh jom kita tgk makanan kegemaran cik yan ni ha pasal tu la berat badan den dah naik ....jeng3








nasi dagang memang cik yan like sgt hehehehe...
( ermm...x pandai nak buat beli jer la ye...nanti den nak torai buat ni ha....)


 Tomyam ...nyummy....
( ha..yg ni cik yan buat sendiri ala senang sgt kan perencah nya ada jual kat kedai cuma tambah apa2 yg patut jer)


 Nasi ambang terbaik la kalau org jawa kena sebut nasi ambeng ;)
(biasa beli kat pasar malam taman yayasan jer nak buat x la kot hehehehe )





Nasi beriani lagi la like heheehehe...
( ni sure la beli kalau nak yg free gi la kenduri yer...ni pun beli kat taman yayasan gak)






ok sekarang jom kita tgk makanan tradisi yg dibuat oleh bondaku tersayang 





BUBUR KACANG + DURIAN....
(memang best tp cik yan suka makan bersama biskut tu memang best la....)




LEMPENG PADAM PELITA 
(yg ni i buat sendiri senang sgt nak membuat nya makanan turun temurun....) 




UBI REBUS + SAMBAL TUMIS PEDAS...
( Yg ni kalau x tau nak buat memang malas la jawapnya heehhe...)



LEMPENG NGELEMBONG....AKA LEMPENG KEMBANG
( Ni pun makanan tradisi turun temurun dari keturunan arwah atok Awa nenek i la.....sedap dimakan dipetang hari bersama keluarga tersayang)


PENGAT PISANG
( Makanan tradisi gak tak boleh makan selalu nanti x best bila rasa nak makan jer baru buat )


 SANTAN DURIAN + PULUT 
( Yg ni biasa mak i buat time musin durian memang best la..)




dan rasanya banyak lagi makanan tradisi org segamat........ha! kat bawah ni ada lagi jom tgk tp yg kat bawah ni satu dunia suka kot....hehehe



hehehe....x perlu penerangan tetang gambar yg 2 kat atas ni 
;) ;) ;) ;)

Renungan bersama...............

Wanita Itu Cantik...
"Ketika wanita diciptakan, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Diciptakan
bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Diberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."

"Diberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Diberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, diberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

Surat buat adam.... Jom Baca...




Salam kpd Adam ku,

Awk....saya msh tak tahu ape sebenarnya y ada dalam fikiran awk dgn mnjauhkan diri macam ini...mungkinkah krn belum bsedia dgn tanggunjwap yg bakal dipikul, atau awk merasakan ape yg kt lalui ini salah sbnrnye...? Tapi awk...sejak itu....saya banyak berfikir dan terus berfikir...menilai setiap sudut apa yang terjadi.. dan saya rasa saya dah temui jawapannya...saya dah temui hikmah di sebalik semua ini...

Sebelum ini, saya sangat akrab dengan Allah...saya sentiasa percaya untuk berjalan di atas jalanNYA.. tapi sebagai manusia biasa, yg punya hati dan perasaan, saya tetap tewas kerana fitrah ingin di sayangi dan di cintai...saat itu awk hadir...awk beri saya kasih sayang dan cinta yg sy tak pernah rasa sebelum ini......tapi....dalam tak sedar....saya semakin jauh dari Allah....sedikit demi sedikit lalai dariNYA.... walaupun tak banyak....tapi keadaan tetap berubah lepas di mulai perhubungan cinta ini.....

Walaupun hati selalu sangsi, hati selalu takut andainya diri makin lalai dr Allah....tp jiwa tetap berdegil utk tidak mahu melepaskan cinta ini....walaupun sedar ia tidak halal bagi kita.... dan sekarang ni Allah dah buktikan kekuasaanNYA....mungkin dgn mengubah hati awk utk menyedarkan saya bhawa apa yg berlaku antara kita adalah salah....

Tahukah awk, hati saya gelisah memikirkan awk, takut kehilangan awk, terbayang betapa beratnya ketika awk tiada, menjalani hari2 tanpa sms dari awk, melewati waktu tanpa mendengar suara awk, tak ada lagi gelak tawa dan tak ada lagi yg akan mengucapkan selamat pagi dan selamat malam pd sy...

Namun skrg sy dh sedar, ketakutan ini telah kalah dgn ketakutan saya kpd ALLAH, saya takut DIA murka krn saya menikmati yg bukan hak saya, takut murka ALLAH kerana jantung saya yg brdegup kencang tlah saya isi dgn bayangan awk yg bagai hantu mengikuti saya. kemanapun saya pergi ada awk dihati saya, padahal detak jantung ini pemberian ALLAH yg harus saya pertanggungjawabkan.

Awk.. maafkan saya krn ketakutan saya pada ALLAH melebihi kegelisahan saya memikirkan awk, biarkan saya sendiri dulu, izinkan saya bersama DIA saja :(

Dan hari ini, saya amat2 bersyukur pd ALLAH SWT......bahkan saya tak ingin bersedih sikit pun... krn telah mengerakkan hati awk utk mjauhkan diri dari saya... krn ini semua dah mnyedarkan dan mberi peluang pd saya utk mdekatkan diri dgn-NYA.... saya harap awk jg akan ambil peluang ini utk dekatkan diri dgn-NYA... betapa ALLAH sayangkan kita berdua... dia tak ingin kita terus menambahkn saham dosa kita di dunia dan akhirat nanti dgn perhubungan yang tak halal ini...

Awk.... saya akan simpan rasa in sedalam2nya di lubuk hati,walau apa pun yg bakal kita lalui, jd kan lah DIA sbg tmpt mengadu. Sama-samalah kita berdoa memohon petunjuk dariNYA.... siapakah jodoh kita nanti, biarlah dia yang tentukan.... ambil lah masa ini utk awk bina asas yg awk pernah beritahu saya dulu....dan apabila asasnya telah kukuh.... awk mohon lah petunjuk dr ALLAH... siapa yang awk akan pilih utk jd suri dlm hidup awk nanti....

Tapi seandainya jodoh itu tetap milik kita... saya harap awk akan hadir suatu hari nanti... dan bersedia utk ambil saya sebagai yang halal utk awk.......insyaallah....itu yg terbaik.

Kini saya tinggalkan awk karena ALLAH, saya kembalikan kamu kpd pemilikmu, saya titipkan lelaki terbaik yg pernah hadir dalam hidup saya ini kembali kpd pemilik sesungguhnya, ALLAH. Sesungguhnya kt harus bertawakkal kpd ALLAH bukan? iya bertawakal kepada ALLAH, TUHANku dan TUHANmu.

Awk, usahlah kt bersedih atas perpisahan sementara ini jika benar kt tercipta utk satu sm lain maka tiada ada yang dapat menghalanginya bukan? Namun sebelum saat itu tiba berdoalah pada ALLAH semoga kita berdua diberi kekuatan utk berpisah, mohonlah padanya dengan penuh pengharapan, tak ada yang perlu kita tangisi, kita hanya berpisah sementara sampai ALLAH menjadikan semua halal untuk kita :)

Dan ketika kamu merasa lemah, mohonlah kekuatan dari-NYA, kamu insan terpilih, calon imam pilihan ALLAH, jagalah imanmu dan jangan biarkan cinta merosakknya, saya berdoa untuk awk selalu. Mari kita berlari mencari cinta ALLAH, berlumba-lumba berbuat kebaikan agar dimata ALLAH kita lulus untuk dipasangkan, jika saatnya tiba semua halal untuk kita, ini adalah hasil dari usaha kita mengejar cinta ALLAH :). Insyaallah~





ikhlas dari Hawamu...




copy by Sebutir mutiara Seindah Wanita......

Jom amalkan sama2 :)




barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

Sabtu, 1 Oktober 2011

1 Oktober 2011

september berlalu dan oktober muncul lagi :) ..... sekejap nya dah nak hujung tahun kan rasanya masa berlalu begitu pantas dan masa begitu beharga dan mencemburui kita... rasa cam nak sambung belajar la...rasa2 nya boleh ke i nak terima pembelajaran tu nanti ya ....kadang2 terfikir juga nak sambung belajar tapi masa x begitu mengizinkan dulu pernah gak nak daftar kat OUM dah daftar online pun masa duduk kat tangkak..pastu dapat pulak tukar kat sini lak.. OUM kat Melaka la pula jauh tu...tp org kata nak seribu daya tak nak paham2 jer la kan fikir la sendiri ya.....hehehe...mungkin belum masa nya lagi kot...( ye ke??) :)...menuntut ilmu kan x kira usia pokok pangkal nya  nak dengan tak nak saja...insyaALLAH kalau ada masa dan kesempatan serta peluang nanti akan difikirkan lagi....

Khamis, 29 September 2011

parking kete pun susah :( .........

 tadi i nak pi cash deposit kat maybank segamat....hai susahnya nak cari parking sampai 4 kali pusing :( ...naper la i boleh lupa paswood maybank2u i tu kalau x senang online jer kat rumah, susah betul la.....agaknya org2 ni semua berurusan kat bank  x kuar2 agaknya hehehe ;) x pon diorg memang parking kete kat situ kot dari pagi sampai ptg, padahal urusan yang i nak buat tu cuma 5 minit jer oleh kerana cari parking sampai 20 minit urusan pun lambat .....last2 parking gak la tapi jauh sangat bukan nya apa takut gak hehehe cam la kaya sgt hehehe....aduhai...kupon parking mesti gores kalau x en.penguatkuasa sentiasa berlegar2 tu.. kalau x gores nak cari nahas la tu hehehe, rajin lak diaorg ni berlegar2 alamak tu kan dah memang keje mereka ;)..malas la nak pi bayar kat majlis kalau x gores hehehehe.........i sanggup beli kupon tu byk2 u... senang 1 jam 60 sen jer  x pe untuk kemudahan juga....dari kena bayar berganda2 kalau x gores ;) hehehehe pasni kalau nak berurusan setakat nak bank in jer i akan pergi lepas opis our hehehe............

Ahad, 25 September 2011

Berat badan naik lagi hehehhehe....

hahahahah.....gawat ni....tp belum tahap kritikal lagi kih3....bulan puasa nampak la slim sikit bila raya menjelma jer berat lak naik ni semua gara2 open house hahaahah..x boleh la nak salah kan open house diri sendiri yg kena kawal makan tu.... kena la igt2 sikit kih3....amalak 56kg ke mak aiiiiiii  kena turunkan 50 kg ni x boleh jadi ni tang muka tu yg x boleh nak cover huhuhu......sian lak kat baju yg lama2 tu lalalalala.......kawalan makan kena jaga igt sikit kt org2 somalia tu huhuhuhuhu....apa2 pun usaha tangga  kejayaaan hehhehee....caiyookkkkkkkkkk....

lama nya tak edit blog....:)

:) lama nya x edit blog sampai paswood pun i lupa hehehehehe...... last bulan 5 ni dah bulan 9 fuyoooooo lama tu heheheh....

Khamis, 5 Mei 2011

Saya Sayang Mak Saya.....

salam...
minggu ni rasanya hari ibu kot...tp cik yan x pernah sambut pun .. :) sebab bagi cik yan ibu ada lah segala-galanya...dan setiap hari pun ibu begitu bermakna...bila ibu ketawa cik yan adalah org yg bahagia..bila ibu sedih cik yan susah hati...semua anak kat dunia ni pun rasa apa yg cik yan rasakan.. :) tanpa ibu hidup kita x bermakna...begitu mulia nya ibu...dan mudahnya utk kita sebagai seorg anak utk mendapat pahala dan keberkatan hanya dengan melihat wajah ibu itu lah untung nya bila dapat lihat wajah ibu setiap hari...tp bagi yang x dapat menatap wajah ibu setiap hari kerana tuntutan kerja sebagai ibadah dan sekiranya ibu anda sudah tiada lagi didunia ini rasanya x salah kalau kita melihat wajah ibu kita melalui potret nya kan,, :) ..i love u mak..muahhhhh......


IBU-IBU ENGKAU LAH RATU HATIKU.......
BILA KU BERDUKA ENGKAU HIBURKAN SELALU

PENGORBANAN YANG KAU LAKUKAN UNTUK DEWASAKAN KU
HANYA BISA DITANGGUNG HATI IBU....



with my mak hehehe....

Sayang Mak.....
with my mak n ayah :)



Segala yg kita lakukan dengan restu ibu n ayah tercinta insyaALLAH kita akan peroleh kebahagiaan... Amin,,,

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

Wahai Tuhanku, Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sygnya memelihara dan mendidiku semasa kecil. Amin Ya Rabbal Alamin..

Sayanggggggggggg Mak.....

Rabu, 4 Mei 2011

Bila Boring........



Bila boring i suka dengar lagu slow yg menenangkan  x boring didengar..... contohnya lagu kat bawah ni layan sgt la hehehe....padahal ni kan lagu frust i frust ke ;) ????

Sejuta Cinta ( MARSHANDA)

Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya
Mungkin ini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan
Reff:
Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu

Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpamu
Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi ‘tuk selamanya
‘tuk selamanya




                            Bercuti salah satu cara menghilangkan boring... 




                                            Dimanakah lokasi ini??? hehehe


Dataran helang

Dah macam buah durian lak tergantung hehehe....

                               
1st station


Dari atas puncak gunung Mat Cincang ....






Dan lagi satu lagu yg i suka dan x boring di dengar  tentu la lagu shahir :) 

Kebahagiaan dalam perpisahan... (SHAHIR)

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan



Lagu dan Holiday  :)

Selasa, 26 April 2011

Takdir dan ujian ALLAH SWT

Setiap manusia pasti tidak akan terlepas daripada ujian dan cabaran. Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan demi sesungguhnya! kami tetap menguji kamu ( wahai orang-orang yang beriman ) sehingga ternyata pengetahuan kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orangyang berjuang  dari kalangan kamu ."( Surah Muhammad,ayat 31) Allah SWT juga menegaskan dalam firman-nya yang bermaksud : "patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: kami beriman."sedangkan mereka tidak di uji ( dengan sesuatu cabaran) (Surah al-Ankabut, ayat 2)

amboiiiiiiiii.............

salam..:D  
Tadi cik yan pergi shopping mak aiii semua barang dah naik harga.. rasanya baru minggu lepas cik yan tgk harga barang2 tu harga lama tiba2 hari ni barang semua dah naik harga....cik yan memang suka beli milo 3in1(20pcs) minggu lepas RM10.90 tiba2 hari ni dah harga lain RM 11.90 tp isi dah kurang (15 pcs) itu kat mini market yg cik yan selalu shoping mini market ni memang murah brg2 nya.. ..td pi pasaraya besar nak tgk perbezaannya.. lagi darsyat RM 12.90 tu haiyaaaaaaa...barang dah naik gaji x naik2 gak..Nampaknya kena la berjimat hehehehe....itu belum barang2 dapur yg lain lg ;P ...shampoo rambut, pencuci muka, krim muka, bedak, shampoo badan, kotex, ubat gigi, berus gigi ( ini wajib beli hahahaha) ,,kasut ...baju baru ..beg baru.. kena beli gak tu hahaha...( pompuan la kata kan ;)  )  walau apa pun hidup perlu diteruskan... hehehehe..... untuk bulan depan kena buat laporan perbelanjaan... huhuhuhu.. sib baik la duit kete dah potong gaji x der la terasa sgt yg penting x pernah mis bayar hehehe :) sib baik kete dah servis bulan lepas kena tunggu la lagi 3 bulan baru servis, pompuan la katakan servis kete kena ikut jadual hahahaha...kete beli dah 5 tahun tp cik yan still servis kat perodua lg hahahaha sampai mekanik tu pun dah kenal cik yan ...apa2 pun bil2 kena selesai kan dulu... adoyaii membebel lak cik yan ni.. :) ok la walau apa pun mari la kita berjimat cermat jgn membazir beli ikut keperluan jer ...

Rabu, 20 April 2011

Hati............

susahnya nya nak menjaga hati org tp hati kita sendiri macam mana pula... kadang2 tanpa kita sedari dengan selalu menjaga hati org.. hati kita sendiri yg terluka.. mampu kah kita bahagia dengan situasi begitu... bila fikir2 semula biarlah hati kita yg sakit asal hati org lain bahgia demi kesejahteraan bersama......isyaALLAh hati kita akan terubat dengan mengingati ALLAH yg maha berkuasa... seringkali hati ini disakiti tapi x pa lah asalkan hati mereka x terluka.. tapi sampai bila??? hanya Allah yg tahu... di hati ini hanya tuhan yg tahu ...walau di bibir mengukir senyum dan gelak tawa... x siapa yg tahu sebenarnya hati ini menangis... itu pun hanya tuhan yg tahu....walaupun banyak kali hati ini disakiti aku masih mampu bersabar ...bersabar selagi mampu tp itu pun hanya tuhan yg tahu....biarlah segala masalah ini hanya tuhan yg tahu...kerana ALLAH sahaja yg adil ....bersabar lah wahai hati... hati yg bersih akan membawa kebahagiaan........

Rabu, 30 Mac 2011

kek bahulu.......resepi turun temurun....


                                 Bahan2
                                 5 biji telor ayam gred A
                                 1 1/2 cawan gula pasir
                                 2 cawan tepung gandum  (ayak)
                                 1 sudu serbuk penaik
                                 1/2 cawan minyak masak ( yg berkualiti )
                                 esen vanila
                                 2 jenis pewarna ( ikut suka )


                                cara nak masak nya pula
                                 pukul telor dan gula hingga kembang
                                 masukkan tepung dan serbuk penaik
                                 masukkan minyak masak
                                 esen vanila
                                 kemudian asingkan menjadi dua adunan 
                                 satu adunan warna merah
                                 satu lagi warna kuning
                                 tuangkan ke dalam loyang berselang seli...
                                 bakar selama 45 minit 
                                 setelah masak keluarkan kek yg panas dari loyang....
                                 boleh la dipotong dan nyummmmmmmmmm

                                                
                                   selamat mencuba walaaaaaaaaaaaaaa......  ;-)

menu makan malam hehehe





Nasi Goreng kampung ( cik yan )
bahan2
2 cawan beras masak dulu beras tu sehingga jadi nasi  ( BUKAN DUA CAWAN NASI YER)
12 biji cili padi ( ikut suka la kalau nak pedas lg tambah ler yer )
ikan bilis secukup rasa
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji telur ayam

cara memasak nyer pula
tumpuk semua bahan2 kat atas tu jgn guna blender yer  ( guna lesung batu jer ..lesung pipit pun x boleh )
ha beras tu jgn tumbuk pula x reti2 hahaha
setelah ditumpuk boleh la ditumis semua bahan td
pastikan ianya garing jgn hangus lak..
masukkan telur dan nasi yg telah dimasak dan disejukan td...
goreng hingga sebati jgn lupa tambah garam sedikit.....

selamat mencuba....

cik yan pun dah lapar ni ... meh la makan nyummmmmmmmmm

cantik menarik tertarik...........

Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

di copy dari i love islam..........

hahaha bengong...........

kenapa la AQ terjebak dengan sinetron indonesia ni benci betul menyesal pun ada gak...tp tetap nak tgk sampai abis....kadang2 rasa cam nak baling jer apa2 yg ada kat tangan tu pada tv bila dah geram sebab mengikuti sgt citer ni kah2 nasib baik pikir balik mahal tu tv AQ beli... masalah nya kita  dah tau konflik watak2 cuma yg melakonkan watak tu jer yg x tau...tu la bezanya citer malaysia ngan indon ni...kalau citer indon kita dah tau saper yg salah saper yg x...cuma sakit ati pada watak2 tu jer ada jer halangan utk mereka mengetahui saper yg benar saper yg salah rasa cam bengong jer tgk citer indon ni ....tp still nak tgk gak...sampai member ckp  kau tgk jer episod pertama pas tu episod tgh last sekali tgk episod akhir kalau layan sgt nanti sakit jiwa wakakaka.....watak2 nya kalau dah baik ya ampun baik sgt tapi kalau dah jahat ..jahat sgt...tp  nak wat cam ner dah citer tu macam tu.. kdg2 menguji tahap kesabaran yg menonton jer....pas ni dah tak nak layan lg la... hahaha yer yer oooo jer x nak layan last2 layan gak kih3...... pas ni layan citer kartun la lagi best hahaha....   :)

Selasa, 29 Mac 2011

CuAcA tAk mEnENtu......

2 ..3 harI lEpAS CuacA PanAS sGt ..tiba2 semalam hujan TuRun DGN lebatnya ...alhamdulillah sejuk ckit setelah kepanasan tapi sebagai hamba nya kita x boleh la mengeluh mungkin ada hikmah nya sekurang2 nya boleh la basuh selimut.. cadar yg tebal tu.. yg buka kedai dobi pun senang nak jemur kain mereka... ada lak sorg member ni siap beli aircorn hehehe duit byk x per la ...kalau cam cik yan ni kipas pun ok lagi hehehe...kipas tangan banyak tu beli kat melaka hari tu (bandar hilir ).. bukan setakat cuaca jer x menentu org2 sekeliling pun ada gak yg emosi x menentu kejap ok kejap x ok macam2 hal ...eh dah lari tajuk lak.... ok la walau apa pun kita patut bersyukur kat tempat kita ni ada hujan dan panas... sedangkan kat luar sana mcm2 bencana lebih darsyat menimpa mereka.... ok dah.............

PeMbUkA bIcArA........

Salam.... akhirnya jadi gak wat blog ni hehehe ...tq pada cik sally ...i suka baca bloq cik sally dan akhirnya bloq ini wujud kih2...kadang2 tersenyum baca blog kawan2, tiba2 terasa nak ada bloq sendiri taraaaaaaaaa.. cik sally akhirnya :D