apa2 jer...

zieyyan :) yang penting happy....don't be sad.... :)

kalau nak cepat.....

Sabtu, 22 Oktober 2011

Banana cake

Semalam i buat kek lagi oleh kerana semua bahan2 memang dah ada kerajinan tu datang dengan sendirinya...kebetulan di rumah mak andak banyak pisang so apa lagi gunakan bahan2 yg sedia ada x perlu la nak ke kedai hehehe satu bahan je yg x ade esen pisang hahahah itu pun sebab dah sampai tarikh luput nasib baik perasan tengok   saja kat tarikh nya tertera 10.08.2011 aduh sayang nya banyak lagi isinya tapi x apa i tukar kepada esen vanilla hehehe kira ok lagi pun bau pisang tu pun dah kuat hihihi....dan inilah hasilnya taraaaaaaaaaa............






                              kek pisang + minum teh panas walaaaaaaaaaa...


resepi nya

bahan2

(bahan A)
4 biji telur
120 gm gula kastor
10 gm ovalette

(bahan B )
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 suduteh serbuk penaik
180 gm pisang emas atau berangan dilecek hancur
2 sudu teh esen pisang
135 gm minyak masak
sedikit garam






cara-cara nak buat

satukan bahan A dan pukul pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu
masukkan pisang lecek,garam dan esen pisang ( i guna esen vanilla kih3)
gaul dengan sendukhingga sebati
ayak tepung gandum,tepung jagung,serbuk penaik dan soda,
masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan diatas dan gaul sebati
masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul rata kemudian masukkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 190


setelah masak boleh la makan :)



Jumaat, 21 Oktober 2011

kek kukus masam manis

erm..mlm td i ada cuba resepi baru ..resepi ni ambil dari internet so kira 1st time buat ni kira ok la kawan2 opis jadi juri hehehe :) taraaaa ini la hasil nya






asam manis ni x byk so inilah hasil nya.... kawan2 opis kata rasa cam kek sarawak ehem2 pasni boleh la wat lagi.....

Rabu, 19 Oktober 2011

Best Lagu ni Jom layan.............. :)

Tadi masa OTW balik kerja i ada dengar satu lagu ni best la layan gak la lagu cam ni penyanyi perempuan yg nyanyi dalam lagu ni ila damia rasanya dia ni masuk mentor kan..best gak suara dia kan..jom nyanyi sama tanpa muzik hehehehe...kat bawah ni ada lirik lagu nya :) 


MALAYSIAN BOY


Salam si anggun si gadis ayu
Dari kotaraya ke pedalaman kamu
Dari Likas ke Pekan Rabu
Di carta aku kau nombor satu
Aku berikrar aku berjanji
Teman-teman aku menjadi saksi
Jauh di mata dekat di hati
Jadi izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia dua tiga kali
Ku tahu hanya satu perkara pasti
Selagi bumi di atas paksi
Bila tiba masa aku kembali


(Ila Damiaa)
Bawaku ke mana saja kau suka
Timur selatan barat atau utara
Dampingi aku selalu
You’ll be my Malaysian boy
Malaysian boy
(Point Blanc)         ( yg ni cam ner nak nyanyi hehehehe..... )
问边度系屋企
梗系马来西亚呢块土地
全世界    
呢度最掂 无问_
俾你大开眼界
靓女如云 唔使头痕
饮茶食饭 heh番一晚
生活唔使烦 系o甘
我地识搏杀仲识玩
去到边度 唔会改变态度
响我o既脑 你系最好
马来西亚系
我o既国土 亦系我o既宝
(Point Blanc – Translation)
If you ask Point Blanc where is home
It’s definitely this land called Malaysia
This is the best place in the whole world
There ain’t no problems
Just open up your eyes
There are plenty of beautiful women around
Enjoy all kinds of food and drink everyday
There’s no worries in our lives
We know how to work hard but we also know how to enjoy life
Wherever I go it will never change my view because in my mind you are the best
Malaysia is oh my homeland and is most precious to me
(Rabbit Mac)
Vanakam everybody hi hello
Oru suthe pollam jom let’s go
Okay yen pearu Malaysian boy
Yethe senjalum kita sempoi
Tambi tangachi
Mumy dady akka tata patti vanthachii
Dari kampung ke kota machi
Sabah sampai PNG
Sigappu nellam velle manje
Nerathil vaanavil yen nattil theriye
Vadakku kilaku east and west
Nambe naadu malaysia
We the best

9 SEBAB HATI TIDAK TENANG



1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. HASAD DENGKI........
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO.......
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jumaat, 14 Oktober 2011

YAKIN ADANYA HARI ITU

Orang yang Faham bahawa umur dunia singkat, harta dunia sedikit, perlakuan dan perubahan dunia kepada penghuninya silih berganti, maka ia tidak akan bersedih dan berputus asa tentang apa sahaja yang berhubung dengannya.


Usahlah bersedih walau apa sahaja yang luput darimu berupa keduniaan.Bukankah kita mempunyai 'rumah lain' yang lebih mulia, kekal, besar dan indah? Itulah rumah akhirat.Pujilah Allah, kerana pastinya ada hari pertemuan dengan Yang Maha Esa.



'PERISTIWA LALU ADALAH MIMPI, HARI INI ADALAH REALITI DAN ESOK ADALAH HARAPAN INDAH'

Sabtu, 8 Oktober 2011

Bajet 2012 ;)

hari ni pagi2 lagi cik yan dah beli paper hehehe..nak baca dengan lebih terperinci ttg bajet yg PM umumkan semalam. tadi pergi umah pakcik singgah petronas tgk paper habis tu nasib baik cik yan dah beli awal2 pg kih2...dan diantara perkara2 yg tertera di muka depan metro hari ni seperti di bawah ni jom tgk :)

  • Sekolah rendah.menengah percuma
  • Bantuan rm100 untuk setiap pelajar (untung budak sekarang ni)
  • Gaji kakitangan awam,pencen naik ( yg ni cik yan kena senyum)
  • Bonus untuk kakitangan awam minimum rm500 (cik yan senyum gak )
  • Felda disenarai,peneroka dapat durian runtuh ( ni nak kena mintak ngan pak cik sebiji durian kih2 )
  • Baucer buku rm200 untuk pelajar IPT
  • Usia bersara daripada 58 ke 60 (cik yan tetap amik 56, 60 tu larat lagi ke? )
  • Kenaikan gred guru lebih cepat ( untung la cikgu harap jd pendidik dgn ikhlas  )
  • Had maksimum rm400,000 skim rumah pertamaku
  • RM 500 bagi keluarga berpendapatan rm3000
  • Jaminan KWSP untuk daftar haji

ok ke Bajet 2012 ni?  pada pandangan cik yan ok la tu ...hehehe...
tp bajet yg paling teruk adalah bajet bagus hehehehe.....dan kita pun kena ada bajet sendiri untuk diri kita :) bajet cik yan thn 2012 ????? tgh buat kira2 lagi rasanya x ada apa yg perlu ditambah lagi buat masa ini .....

Rabu, 5 Oktober 2011

Renungan bersama...............








"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang TDIAK MEMANDANG dan DIPANDANG"

"Maka JANGANlah kamu melemah lembutkan SUARA dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..

Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana.

Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya...♥~

Isnin, 3 Oktober 2011

Makanan kegemaran saya.... kamu bagaimana ????

Cerita pasal makan ni memang semua org suka.. lagi2 kalau kita tgk kat tv3 tu ha jln2 cari makan memang suka sgt la... :) meh jom kita tgk makanan kegemaran cik yan ni ha pasal tu la berat badan den dah naik ....jeng3








nasi dagang memang cik yan like sgt hehehehe...
( ermm...x pandai nak buat beli jer la ye...nanti den nak torai buat ni ha....)


 Tomyam ...nyummy....
( ha..yg ni cik yan buat sendiri ala senang sgt kan perencah nya ada jual kat kedai cuma tambah apa2 yg patut jer)


 Nasi ambang terbaik la kalau org jawa kena sebut nasi ambeng ;)
(biasa beli kat pasar malam taman yayasan jer nak buat x la kot hehehehe )





Nasi beriani lagi la like heheehehe...
( ni sure la beli kalau nak yg free gi la kenduri yer...ni pun beli kat taman yayasan gak)






ok sekarang jom kita tgk makanan tradisi yg dibuat oleh bondaku tersayang 





BUBUR KACANG + DURIAN....
(memang best tp cik yan suka makan bersama biskut tu memang best la....)




LEMPENG PADAM PELITA 
(yg ni i buat sendiri senang sgt nak membuat nya makanan turun temurun....) 




UBI REBUS + SAMBAL TUMIS PEDAS...
( Yg ni kalau x tau nak buat memang malas la jawapnya heehhe...)



LEMPENG NGELEMBONG....AKA LEMPENG KEMBANG
( Ni pun makanan tradisi turun temurun dari keturunan arwah atok Awa nenek i la.....sedap dimakan dipetang hari bersama keluarga tersayang)


PENGAT PISANG
( Makanan tradisi gak tak boleh makan selalu nanti x best bila rasa nak makan jer baru buat )


 SANTAN DURIAN + PULUT 
( Yg ni biasa mak i buat time musin durian memang best la..)




dan rasanya banyak lagi makanan tradisi org segamat........ha! kat bawah ni ada lagi jom tgk tp yg kat bawah ni satu dunia suka kot....hehehe



hehehe....x perlu penerangan tetang gambar yg 2 kat atas ni 
;) ;) ;) ;)

Renungan bersama...............

Wanita Itu Cantik...
"Ketika wanita diciptakan, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Diciptakan
bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Diberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."

"Diberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Diberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, diberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

Surat buat adam.... Jom Baca...




Salam kpd Adam ku,

Awk....saya msh tak tahu ape sebenarnya y ada dalam fikiran awk dgn mnjauhkan diri macam ini...mungkinkah krn belum bsedia dgn tanggunjwap yg bakal dipikul, atau awk merasakan ape yg kt lalui ini salah sbnrnye...? Tapi awk...sejak itu....saya banyak berfikir dan terus berfikir...menilai setiap sudut apa yang terjadi.. dan saya rasa saya dah temui jawapannya...saya dah temui hikmah di sebalik semua ini...

Sebelum ini, saya sangat akrab dengan Allah...saya sentiasa percaya untuk berjalan di atas jalanNYA.. tapi sebagai manusia biasa, yg punya hati dan perasaan, saya tetap tewas kerana fitrah ingin di sayangi dan di cintai...saat itu awk hadir...awk beri saya kasih sayang dan cinta yg sy tak pernah rasa sebelum ini......tapi....dalam tak sedar....saya semakin jauh dari Allah....sedikit demi sedikit lalai dariNYA.... walaupun tak banyak....tapi keadaan tetap berubah lepas di mulai perhubungan cinta ini.....

Walaupun hati selalu sangsi, hati selalu takut andainya diri makin lalai dr Allah....tp jiwa tetap berdegil utk tidak mahu melepaskan cinta ini....walaupun sedar ia tidak halal bagi kita.... dan sekarang ni Allah dah buktikan kekuasaanNYA....mungkin dgn mengubah hati awk utk menyedarkan saya bhawa apa yg berlaku antara kita adalah salah....

Tahukah awk, hati saya gelisah memikirkan awk, takut kehilangan awk, terbayang betapa beratnya ketika awk tiada, menjalani hari2 tanpa sms dari awk, melewati waktu tanpa mendengar suara awk, tak ada lagi gelak tawa dan tak ada lagi yg akan mengucapkan selamat pagi dan selamat malam pd sy...

Namun skrg sy dh sedar, ketakutan ini telah kalah dgn ketakutan saya kpd ALLAH, saya takut DIA murka krn saya menikmati yg bukan hak saya, takut murka ALLAH kerana jantung saya yg brdegup kencang tlah saya isi dgn bayangan awk yg bagai hantu mengikuti saya. kemanapun saya pergi ada awk dihati saya, padahal detak jantung ini pemberian ALLAH yg harus saya pertanggungjawabkan.

Awk.. maafkan saya krn ketakutan saya pada ALLAH melebihi kegelisahan saya memikirkan awk, biarkan saya sendiri dulu, izinkan saya bersama DIA saja :(

Dan hari ini, saya amat2 bersyukur pd ALLAH SWT......bahkan saya tak ingin bersedih sikit pun... krn telah mengerakkan hati awk utk mjauhkan diri dari saya... krn ini semua dah mnyedarkan dan mberi peluang pd saya utk mdekatkan diri dgn-NYA.... saya harap awk jg akan ambil peluang ini utk dekatkan diri dgn-NYA... betapa ALLAH sayangkan kita berdua... dia tak ingin kita terus menambahkn saham dosa kita di dunia dan akhirat nanti dgn perhubungan yang tak halal ini...

Awk.... saya akan simpan rasa in sedalam2nya di lubuk hati,walau apa pun yg bakal kita lalui, jd kan lah DIA sbg tmpt mengadu. Sama-samalah kita berdoa memohon petunjuk dariNYA.... siapakah jodoh kita nanti, biarlah dia yang tentukan.... ambil lah masa ini utk awk bina asas yg awk pernah beritahu saya dulu....dan apabila asasnya telah kukuh.... awk mohon lah petunjuk dr ALLAH... siapa yang awk akan pilih utk jd suri dlm hidup awk nanti....

Tapi seandainya jodoh itu tetap milik kita... saya harap awk akan hadir suatu hari nanti... dan bersedia utk ambil saya sebagai yang halal utk awk.......insyaallah....itu yg terbaik.

Kini saya tinggalkan awk karena ALLAH, saya kembalikan kamu kpd pemilikmu, saya titipkan lelaki terbaik yg pernah hadir dalam hidup saya ini kembali kpd pemilik sesungguhnya, ALLAH. Sesungguhnya kt harus bertawakkal kpd ALLAH bukan? iya bertawakal kepada ALLAH, TUHANku dan TUHANmu.

Awk, usahlah kt bersedih atas perpisahan sementara ini jika benar kt tercipta utk satu sm lain maka tiada ada yang dapat menghalanginya bukan? Namun sebelum saat itu tiba berdoalah pada ALLAH semoga kita berdua diberi kekuatan utk berpisah, mohonlah padanya dengan penuh pengharapan, tak ada yang perlu kita tangisi, kita hanya berpisah sementara sampai ALLAH menjadikan semua halal untuk kita :)

Dan ketika kamu merasa lemah, mohonlah kekuatan dari-NYA, kamu insan terpilih, calon imam pilihan ALLAH, jagalah imanmu dan jangan biarkan cinta merosakknya, saya berdoa untuk awk selalu. Mari kita berlari mencari cinta ALLAH, berlumba-lumba berbuat kebaikan agar dimata ALLAH kita lulus untuk dipasangkan, jika saatnya tiba semua halal untuk kita, ini adalah hasil dari usaha kita mengejar cinta ALLAH :). Insyaallah~





ikhlas dari Hawamu...




copy by Sebutir mutiara Seindah Wanita......

Jom amalkan sama2 :)




barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

Sabtu, 1 Oktober 2011

1 Oktober 2011

september berlalu dan oktober muncul lagi :) ..... sekejap nya dah nak hujung tahun kan rasanya masa berlalu begitu pantas dan masa begitu beharga dan mencemburui kita... rasa cam nak sambung belajar la...rasa2 nya boleh ke i nak terima pembelajaran tu nanti ya ....kadang2 terfikir juga nak sambung belajar tapi masa x begitu mengizinkan dulu pernah gak nak daftar kat OUM dah daftar online pun masa duduk kat tangkak..pastu dapat pulak tukar kat sini lak.. OUM kat Melaka la pula jauh tu...tp org kata nak seribu daya tak nak paham2 jer la kan fikir la sendiri ya.....hehehe...mungkin belum masa nya lagi kot...( ye ke??) :)...menuntut ilmu kan x kira usia pokok pangkal nya  nak dengan tak nak saja...insyaALLAH kalau ada masa dan kesempatan serta peluang nanti akan difikirkan lagi....